“UNLEASH THE TECHNOPRENEUR IN YOU”

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera,

Didoakan YBhg. Datuk Wira/Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan sekeluarga dan kita semua sihat sejahtera serta berbahagia selalu.

INFO CREATE: HEBAHAN PROGRAM WEBINAR ‘UNLEASH THE TECHNOPRENEUR IN YOU’

Adalah dimaklumkan Pusat Pembangunan Perusahaan dan Teknousahawanan (CREATE), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) aktif dalam terlibat sama program-program sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa. Salah satu program yang CREATE turut sertai adalah ‘Structured Entrepreneurial Incubator Program (SEIP)’.

SEIP merupakan program keusahawanan nasional di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia, Agensi Kerajaan, dan Industri. Bagi merealisasikan salah satu objektif program ini iaitu mencungkil bakal dan melahirkan usahawan teknologi atau lebih dikenali sebagai teknousahawan. CREATE telah menjemput Ir. Ts. Dr. Anuar Bin Mohamed Kassim, Pensyarah Kanan, Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE), UTeM untuk berkongsi pengalaman beliau sewaktu di Jepun dan membangunkan produk teknologi beliau. Manakala moderator program ini adalah Dr. Mohd. Amin Bin Mohamad, Pensyarah Kanan, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan (FPTT), UTeM.

Program akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 30 Julai 2021 (Jumaat)
Masa : 3.00pm – 4.30pm
Webinar : https://bit.ly/UnleashTheTechnopreneurInYou

Sehubungan dengan itu, pihak CREATE, UTeM mengalu-alukan penyertaan daripada seluruh pelajar dan seluruh warga UTeM ke program ini. Mohon juga untuk menghebahkan program ini.

Mereka yang berminat, boleh mendaftar dan mendapat e-sijil penyertaan di: https://bit.ly/RegistrationUnleashTechopreneur.

Untuk maklumat lanjut boleh terus hubungi (WhatsApp):

☎️ Pn. Syahira: +6016-205 1477
☎️ Pn. Lindaherdani: +6014-909 1848
☎️ Cik Natasha: +6011-6235 3935

Jasa baik dan perhatian semua sangatlah dihargai serta diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian untuk makluman.

Salam hormat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_GBEnglish
ms_MYMalay en_GBEnglish