pay4d

pay4d

class="hfeed site" id="page">

BENGKEL PEMANTAPAN AKTIVITI DAN MEMPERKASA RUBRIK ANUGERAH KEUSAHAWANAN GRADUAN & PENYERAHAN KUNCI SASANA NIAGA/ KIOSK

Seiring dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Universiti Teknikal Malaysia Malaysia (UTeM) dalam memperkasakan keusahawanan serta melahirkan lebih ramai usahawan teknikal di universiti, Pusat Pembangunan Perusahaan dan Teknousahawanan (CREATE), Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) telah mengadakan program di atas seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 23 Ogos 2022 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi – 4.30 petang
Tempat : Bilik CLEAR FPTT, Kampus Teknologi UTeM

Melalui program ini, para peserta yang terdiri daripada tiga (3) orang wakil dari setiap fakulti termasuk Timbalan Dekan (Pembangunan Pelajar) telah bersama-sama membuat perancangan dan pelan strategik bagi memperkasa agenda keusahawanan di UTeM.

Bukan itu sahaja, penambahbaikan rubrik sedia ada bagi pemilihan calon penerima Anugerah Naib Canselor (Keusahawanan) di Majlis Konvokesyen akan datang turut dibincangkan bersama di bengkel ini.

Sebagai tanda keprihatinan dan kepentingan agenda keusahawanan teknikal di universiti, Yang Berbahagia Profesor Ts. Dr. Massila Binti Kamalrudin, Naib Canselor UTeM telah sudi menandatangani surat pelantikan Jawatankuasa Keusahawanan Universiti (JKKU) yang baharu bagi sesi kali ini.

Manakala, Yang Berusaha Prof. Madya Datuk Dr. Sabri Bin Mohamad Sharif, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) telah hadir bersama ke program ini bagi menyampaikan amanat dan menyerahkan watikah pelantikan kepada kesemua ahli JKKU yang baharu dilantik.

Simbolik penyerahan kunci kepada usahawan pelajar pertama bagi Sasana Niaga yang akan mulai beroperasi pada Oktober 2022 juga telah diadakan sewaktu bengkel ini.

Oleh itu, diharapkan semoga dengan pelaksanaan bengkel dan pelantikan ahli JKKU yang baharu ini akan dapat memperkasakan lagi agenda keusahawanan dan seterusnya melahirkan lebih ramai usahawan teknikal di UTeM.

Sekadar pemakluman semua.
Salam ‘Keusahawanan Teknikal’ daripada CREATE, HEPA.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_GBEnglish