pay4d

pay4d

class="hfeed site" id="page">

Business Video Challenge

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sukacita dimaklumkan Universiti Malaysia Kelantan melalui Institut Keusahawanan UMK (UMKEI) mempelawa usahawan pelajar dari seluruh Universiti Awam (UA) untuk menyertai pertandingan Business Video Challenge. Kita semua maklum bahawa negara kita kini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan Wabak Coronavirus (COVID 19) yang mana ia turut memberi kesan kepada aktiviti keusahawanan pelajar. Sehubungan itu, UMKEI mengambil inisiatif untuk membantu usahawan pelajar dengan menganjur Program Business Video Challenge yang secara tidak langsung dapat mempromosi perniagaan mereka.


Penyertaan adalah terbuka kepada SATU penyertaan untuk setiap (UA). Justeru itu Pusat Pembangunan Perusahaan & Teknousahawan (CREATE) UTeM akan membuat saringan kepada penyertaan untuk pertandingan ini dan akan memilih satu penyertaan terbaik diperingkat UTeM untuk dihantar ke UMKEI. Sehubungan dengan itu, CREATE, UTeM mempelawa usahawan pelajar dari seluruh UTeM untuk menyertai pertandingan Business Video Challenge yang dianjurkan. Setiap penyertaan akan diberikan sijil penyertaan.


Bersama-sama ini dilampirkan pautan borang penyertaan (http://tiny.cc/VideoUsahawan) dengan menggunakan email rasmi UTeM (bXXXX@student.utem.edu.my) dan syarat-syarat penyertaan untuk makluman dan perhatian Tuan/Puan selanjutnya. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh menghubungi create@utem.edu.my

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_GBEnglish