pay4d

pay4d

class="hfeed site" id="page">

“DARI UNIVERSITI KE KOMUNITI”

25 September 2021 – Pusat Pembangunan Perusahaan & Teknousahawanan (CREATE)  telah mengadakan satu webinar berkaitan bertajuk “Dari Universiti Ke Komuniti yang membincangkan topik-topik menarik berkaitan Keusahawanan Sosial. Untuk program ini kita telah bersama Puan Noraini Hashim iaitu Ketua Unit Keusahawanan, Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS). Program ini juga di hadiri oleh saudara Muhammad Afiq bin Mohammad Safari iaitu pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif).

Program ini terbuka kepada seluruh pelajar dan pensyarah. Program “Dari Universiti ke Komuniti” ini dapat mewujudkan ekosistem keusahawanan dan dapat membantu komuniti yang terpilih bagi menjana pendapatan melalui perniagaan dan kemahiran. Selain itu, program ini juga dapat mentransformasi pemikiran pelajar dalam bidang keusahawanan melalui pelaksanaan kerja di lapangan sebagai usahawan sosial. Antara perkara yang dibincangkan oleh Puan Noraini ialah cara-cara untuk memulakan perniagaan, kaedah-kaedah untuk meningkatan hasil jualan, cara-cara untuk menarik pelanggan dan cara untuk mengurus kewangan perniagaan.

Muhammad Afiq merupakan pelajar kejuruteraan yang telah melibatkan diri dalam bidang keusahawanan dan merupakan salah satu pelajar di bawah bimbingan Puan Noraini yang sudah berjaya menjadi usahawan “cookies”.  Muhammad Afiq juga telah berjaya mengeluarkan produk sendiri iaitu “biskyot”. Melalui program ini, para pelajar dapat mendengar kisah inspirasi daripada Muhammad Afiq bagaimana beliau boleh menceburi bidang keusahawanan sehingga berjaya mengeluarkan produk makanan sendiri. Menurut Muhammad Afiq, kunci untuk kita berjaya adalah sentiasa berani untuk mencuba perkara baru dan jangan takut untuk jatuh. Kerana bak kata pepatah, selepas hujan akan datangnya pelangi. Oleh itu, untuk menjadi usahawan yang berjaya kita perlu berani untuk membuat sesuatu yang baru dan tidak mudah putus asa dalam memajukan perniagaan kita. Disamping itu, Muhammad Afiq juga sentiasa merujuk orang yang lebih pakar dalam bidang ini seperti mentornya Puan Noraini.

Bermula dengan jualan yang sedikit dan kurang mendapat sambutan daripada pelanggan, Muhammad Afiq berusaha mendalami ilmu-ilmu perniagaan dan merujuk kepada Puan Noraini sehingga jumlah jualannya meningkat menjadi lima angka. Terdapat 38 orang pelajar yang menyertai program “Dari Universiti ke Komuniti” ini. Diharapkan perkongsian pengalaman dan ilmu daripada Puan Noraini dan juga Muhammad Afiq dapat membantu para pelajar untuk mengembangkan perniagaan mereka atau memulakan apa yang telah dirancang untuk perniagaan mereka.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_GBEnglish