pay4d

pay4d

class="hfeed site" id="page">

“ENTREPRENEURSHIP IN 3D PRINTING TECHNOLOGY”

23 September 2021 -Pusat Pembangunan Perusahaan & Teknousahawanan (CREATE) telah mengadakan satu webinar yang bertajuk “Entrepreneurship in 3D Printing Technology. Program webinar ini telah membincangkan topik-topik menarik seperti “Apakah Pembuatan Percetakan 3D?”, “Peluang Perniagaan Percetakan 3D”, “Strategi Perniagaan dalam Industri Percetakan 3D”, “Keperluan yang ditetapkan untuk Percetakan 3D”, “Ramalan Pasaran Teknologi Percetakan 3D” dan “Strategi Pasaran”. Topik-topik ini telah dibincangkan dengan lebih lanjut oleh En. Bruce Mui.

Melalui program ini, pelajar dapat mengetahui bahawa percetakan 3D merupakan proses untuk mecipta objek yang mempunyai tiga dimensi di mana ianya di kawal oleh komputer untuk membentuk objek tersebut. Objeknya boleh dihasilkan dengan menggunakan data model digital ataupun sumber data elektronik iaitu Fail Pembuatan Tambahan atau lebih dikenali sebagai “Additive Manufacturing File (AMF)”.

Selain itu, pelajar juga dapat mempelajari strategi-strategi perniagaan dalam industri percetakan 3D. Antaranya, membina hubungan baik dengan pelanggan, menawarkan promosi yang sangat berbaloi kepada pelanggan dan juga membina jaringan rangkaian untuk memastikan kelangsungan perniagaan anda.

Perkongsian ilmu yang diberikan oleh En. Bruce Mui sangat bagus untuk para pelajar mempraktikkan dalam perniagaan bidang ini. Pelajar juga akan lebih mudah untuk memulakan perniagaan percetakan 3D ini jika mereka peka dengan apa yang dikongsikan dalam program ini. Terdapat 56 orang pelajar dan 5 orang staff pentadbiran UTeM yang telah menghadiri webinar ini. Diharapkan dengan adanya webinar ini dapat membantu pelajar mahupun bukan pelajar untuk menceburi satu perniagaan yang baru dan unik iaitu perniagaan Pembuatan Percetakan 3D.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_GBEnglish