pay4d

pay4d

class="hfeed site" id="page">

HEBAHAN DAN JEMPUTAN KE PROGRAM ‘POWER PITCH FOR ENTREPRENEUR’

Assalammualaikum wrt. wbt dan Selamat Sejahtera,
INFO CREATE, HEPA: HEBAHAN DAN JEMPUTAN KE PROGRAM ‘POWER PITCH FOR ENTREPRENEUR’

Sukacita dimaklumkan Yayasan Juwita melalui ‘Project Fearless’ telah bersetuju untuk menaja sepenuhnya program ‘Power Pitch for Entrepreneur’. Program ini memberikan fokus kepada membina keyakinan diri dan meningkatkan kemahiran berkomunikasi yang memukau sehingga mampu menyampaikan idea secara berkesan persis seorang usahawan yang berjaya.

Melalui program kerjasama di antara Pusat Pembangunan Perusahaan dan Teknousahawanan (CREATE), Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Yayasan Juwita dan Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan (FPTT) ini, para peserta akan dibimbing oleh Cik Nurul Ashiqin Shamsuri yang merupakan jurulatih dan penceramah antarabangsa.

Antara pencapaian dan pengiktirafan beliau adalah:
✅ Speaker for World Communication Forum 2016
✅ Speaker for Business Communication and Development Rounds Forum Kiev (Kyiv) & Istanbul 2016
✅ Regional Forum Director – World Communication Forum Kuala Lumpur Edition 2015-2016
✅ Moderator & Speaker for World Communication Forum Kuala Lumpur Edition 2015
✅ Winner of “Relations of the Future” Awards, World Communication Forum, Davos 2015
✅ Keynote Speaker for Business Communication Forum, Roundtable Session, Kiev Edition, Ukraine
✅ Winner “Leader of the Future” Award, World Communication Forum Davos, 2018
✅ Summit Director, Kuala Lumpur Global Youth Summit 2022
✅ and many more…

Cik Nurul Ashiqin Shamsuri atau lebih mesra disapa sebagai ‘Kak Long’ seorang yang bersemangat dan berpengalaman luas dalam dunia latihan komunikasi korporat. Sering dijemput dalam memberikan ceramah, menjadi mentor dan juga sesi bimbingan serta latihan sama ada di syarikat-syarikat korporat dan juga institusi pengajian tinggi.

Oleh itu, dijemput semua warga Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) khususnya para pelajar untuk menyertai program ‘Power Pitch for Entrepreneur’ seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 28 Disember 2022 (Rabu)
Masa : 2.00pm – 5.30pm
Tempat : Kompleks Dewan Kuliah (7), Bangunan BPA Bersebelahan Dewan Canselor UTeM
Program ini PERCUMA dan TERBUKA kepada semua para pelajar dan mereka yang berminat. E-sijil kehadiran dan CPD (peserta UTeM) turut diberikan kepada para peserta yang menghadiri program ini dari awal hingga akhir.
Mereka yang berminat mendaftar di:

https://bit.ly/PowerPitch4Entrepreneur
Untuk maklumat lanjut boleh terus hubungi (WhatsApp):
☎️ Pn. Syahira: +6016-205 1477
☎️ Pn. Lindaherdani: +6014-909 1848
☎️ Pn. Sharniza: +6011-11629599

Jasa baik, perhatian dan bantuan hebahan semua sangatlah dihargai serta diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian untuk makluman.
Salam hormat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_GBEnglish