HEBAHAN P.E.K.A@CREATE(PELUANG KERJA DI CREATE) SEBAGAI FASILITATOR

Prihatin dan peka dengan keperluan serta kebajikan pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), P.E.K.A@CREATE atau lebih dikenali sebagai Peluang Kerja di CREATE merupakan pendekatan proaktif Hal Ehwal Pelajar (HEP), UTeM dalam membantu para pelajar untuk menimba pengalaman kerja, mempraktiskan ilmu dan kemahiran yang dimiliki serta memperolehi pendapatan tambahan melalui program kerjasama dengan pelbagai pihak.

Pencarian Fasilitator ini antara langkah awal Pusat Pembangunan Perusahaan dan Teknousahawanan (CREATE) bagi menawarkan peluang kerja dan mengetengahkan bakat pelajar UTeM ke persada masyarakat khususnya di Melaka. CREATE iltizam dan sangat mengalukan kerjasama daripada pelbagai pihak bagi memberikan peluang kerja kepada para pelajar UTeM.

Program 3K – Keusahawanan, Kepimpinan & Keterampilan merupakan program kerjasama CREATE yang kini di bawah HEP, UTeM dengan kerjasama Sekolah Menengah Arab (JAIM) Al-Asyraf Pulau Sebang, Melaka dan juga Institut Pembangunan & Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD), Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Program tersebut akan diadakan seperti berikut:

          Tarikh    :  22 - 24 Julai 2022 (Jumaat - Ahad)
          Tempat    :  Kem Wawasan Negara, Alor Gajah, Melaka

Mereka yang berminat memohon sebagai fasilitator, boleh mendaftar di: (https://bit.ly/PEKACREATE)

Untuk maklumat lanjut boleh terus hubungi (WhatsApp):

☎️ Pn. Syahira: +6016-205 1477
☎️ Pn. Lindaherdani: +6014-909 1848

Tarikh tutup permohonan 15 Julai 2022 (Jumaat), jam 4.00pm.

Usah berlengah lagi dan jom memohon di P.E.K.A@CREATE.

Sekian untuk makluman.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_GBEnglish