pay4d

pay4d

class="hfeed site" id="page">

“LATIHAN KEUSAHAWANAN PERCUMA”

09 & 10 Oktober – Pusat Pembangunan Perusahaan & Teknousahawanan (CREATE) dengan  kerjasama Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTÉGÉ) di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dan juga Institut Keusahawanan Negara (IKSKEN) telah mengadakan satu program webinar yang bertajuk “Latihan Asas Keusahawanan Pelajar (ETR101) . Program webinar ini membincangkan tujuh modul yang berkaitan dengan Asas Keusahawanan. Modul-modul ini dibincangkan serta diterangkan oleh Dr. Imran dan juga En. Hanizam iaitu wakil daripada INSKEN. Terdapat dua slot di dalam program ini iaitu slot pertama pada 09 dan 10 Oktober 2021 yang telah pun berlangsung. Slot kedua pula akan berlangsung pada 30 dan 31 Oktober 2021.

Pada 09 Oktober 2021, modul pertama membincangkan topik “Intrapreneurship dalam diri Anda”. Seterusnya, modul kedua membincangkan “Pemikiran Bersama Intrapreneurship”. Modul ketiga, “Pemangku Kepentingan Perniagaan”. Kemudian diteruskan dengan modul keempat iaitu “Kanvas Model Perniagaan (BMC)”. Modul kelima, keenam dan ketujuh dibincangkan pada hari kedua program ini berlangsung. Ketiga-tiga modul ini membawa topik “Fungsi Organisasi Perniagaan”, “Penjualan dan Pemasaran” dan juga “Kewangan Perniagaan”.

Melalui program “Latihan Asas Keusahawanan Pelajar (ETR101)” ini, para pelajar dapat membezakan antara ‘Entrepreneur’ dan ‘Intrapreneur’. Selain itu, pelajar dapat mengenalpasti ciri-ciri yang perlu ada pada seorang ‘Intrapreneur’. Disamping itu, pelajar juga dapat mempelajari bagaimana untuk membuat Kanvas Model Perniagaan kerana ianya sangat penting untuk mecipta model bisnes yang sistematik. Seterusnya, pelajar dapat mempelajari kaedah-kaedah untuk melakukan aktiviti pemasaran. Akhir sekali, para pelajar juga dapat mempelajari cara-cara untuk membuat penyata kewangan kerana ianya sangat penting untuk mengetahui urusan keluar dan masuk wang serta untung dan rugi dalam perniagaan mereka.

Program ini hanya melibatkan para pelajar dan terhad kepada 50 orang peserta sahaja. Walaubagaimanapun, pihak CREATE menghantar seramai 66 orang peserta untuk menyertai program “Latihan Asas Keusahawanan (ETR101)”. Kehadiran pelajar pada hari program ini berlangsung kurang memuaskan. Justeru itu, pihak CREATE berharap dapat menambah baik dari segala aspek agar perkara yang sama tidak akan berulang lagi. Program seperti ini sangat bagus untuk para pelajar yang baru bermula untuk membangunkan serta mengembangkan perniagaan mereka. Diharapkan, para pelajar dapat merebut peluang dalam menimba ilmu melalui program seperti ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_GBEnglish