pay4d

pay4d

class="hfeed site" id="page">

‘LINKEDIN WORKSHOP FOR PERSONAL & BUSINESS’

11 September 2021 –Pusat Pembangunan Perusahaan dan Teknousahawanan (CREATE) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)dengan kerjasama Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan (CREATE) dan Pusat Pembangunan Perusahaan & Teknousahawanan (CREATE) telah diadakan. Bengkel ini telah dihadiri seramai 117 orang di kalangan pelajar dan staf secara atas talian yang berlangsung dari 9 pagi hingga 5 petang.

Antara objektif bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan yang lebih efektif dan mendalam kepada semua pelajar UTeM secara amnya tentang keperluan personal digital portfolio (e-resume LinkedIn). Para peserta yang menyertai program ini telah didedahkan dengan ciri- ciri yang dititikberatkan dalam penulisan e-resume LinkedIn oleh wakil industri yang terdiri daripada pelbagai bidang.

Antara panel jemputan industri yang dijemput adalah Encik Jeffery Tan yang berpengalaman luas dalam sesi coaching dalam pembangunan kepimpinan, team buildings dan pembangunan kemahiran. Puan Nina Sharil Khan merupakan CEO & Founder Pop-Con yang mana beliau telah mengubah ramai personaliti, penjenamaan semula melalui “Digital Thought Leader & Authorities” mengikut bidang industri dalam memperluaskan jaringan perniagaan serta strategi membina kepercayaan dan strategi pasaran bagi mengekalkan perniagaan berdaya maju.

Seorang lagi panel jemputan iaitu Cik Samantha Tang seorang Perunding Pembangunan di Subway Malaysia (wilayah Pantai Utara dan Timur) merupakan pakar dalam membantu para profesional mengembangkan perniagaan mereka. Beliau juga merupakan Ketua Chapter Lead of Google Business Group (GBG) George Town, Penang and Women Will (a Grow with Google Program) Malaysia di mana beliau sangat bersemangat membantu usahawan yang ingin berjaya dengan menggunakan Web Google Teknologi.

Dua sesi bengkel telah dijalankan dimana sesi pertama adalah sesi pengenalan, bagaimana LinkedIn ini membantu seseorang dan usahawan dalam pembangunan kerjaya manakala sesi petang adalah di mana para peserta perlu membuat LinkedIn Profile mereka sendiri dan didedahkan bagaimana membina LinkedIn profile yang gah dan meyakinkan.

Rata-rata peserta yang menghadiri bengkel ini amat berpuas hati dan memberikan respon yang amat memberangsangkan. Dekan FPTTyang l, Profesor Madya Dr. Juhaini binti Jabar dan Pengarah CREATE, Dr. Isma Addi bin Jumbri berharap di akhir program ini semua peserta dapat memaksimumkan pengetahuan mereka dalam mempertingkatkan perkembangan diri dengan menggunakan LinkedIn untuk networking dan personal marketing mereka dalam memperkenalkan latar belakang, kemahiran dan pencapaian sebagai kelebihan yang boleh menarik perhatian majikan di samping memperluaskan jaringan rangkaian mereka.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_GBEnglish