







Setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Mazlan Bin Mohamad, Ketua Wilayah Melaka/ Negeri Sembilan atas kesudian berkunjung ke Perpustakaan Laman Hikmah (PLH), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bagi menyempurnakan Majlis Pelancaran ‘Asnafpreneur (Students) Development Altruuistic Module’ atau lebih dikenali sebagai A.D.A.M.
CREATE, HEPA juga bertuah kerana diberikan peluang sekali lagi bagi penganjuran Bank Rakyat UNIpreneur dan kali ini melibatkan 20 orang pelajar asnaf/ B40. Sebanyak RM66,000 diperuntukkan kepada UTeM dan penyerahan ‘mock cheque’ telah disampaikan oleh Tuan Mazlan Bin Mohamad, Ketua Wilayah Melaka/ Negeri Sembilan bersama-sama Pengurus Cawangan Bank Rakyat Negeri Melaka kepada YBhg. Prof. Madya Datuk Dr. Sabri Mohamad Sharif (Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar & Alumni) bagi mewaklili UTeM sebagai simbolik UTeM terus diberikan kepercayaan untuk meneruskan program Bank Rakyat UNIpreneur pada tahun ini.
Baik Budi Hati Bersih,
Disukai Ramai Dikelilingi Teman,
Kalungan Budi Junjungan Kasih,
Budi Bank Rakyat Dikenang Sepanjang Zaman.