
30 Julai 2021 – Satu program penganjuran webinar bertajuk “Unleash the Technopreneur In You” di bawah Program Structured Entrepreneurial Incubator Program (SEIP) anjuran CREATE akan diadakan pada 30 Julai 2021.
Sesi Webinar ini merupakan rentetan program SEIP yang telah berlangsung sejak Mac 2021 yang lalu. Ia merupakan program keusahawanan nasional di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia, Agensi Kerajaan, dan Industri.
Program ini bertujuan untuk membangunkan syarikat pelajar berteraskan produk inovasi. Selain itu program ini, selari dengan hasrat KPT menerusi Pelan Tindakan Keusahawanan 2021-2025 dalam melahirkan lebih ramai usahawan graduan berinovatif dan kreatif yang berfokus kepada “opportunity driven entrepreneur, instead of necessity driven entrepreneur”.
Bagi sesi Webinar ini, Penceramah Ir. Ts. Dr. Anuar Bin Mohamed Kassim, Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE), UTeM telah dijemput sebagai penceramah dan beliau akan berkongsi pengalaman beliau sewaktu di Jepun dalam membangunkan produk teknologi yang beliau bangunkan. Manakala moderator program ini adalah Dr. Mohd. Amin Bin Mohamad, Pensyarah Kanan, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan (FPTT), UTeM.