pay4d

pay4d

class="hfeed site" id="page">

Bank Rakyat UNIpreneur 2023

Sempurna sudah Majlis Perasmian RAKYATpreneur dan UNIpreneur anjuran Bank Rakyat di Menara Kembar Bank Rakyat pada pagi tadi.

Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang juga merupakan Alumni UTeM.

Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kami di UTeM ucapkan atas kesudian Yang Berhormat Datuk Ewon Benedick yang turut sudi singgah ke gerai Malaqa Coffee yang diusahakan oleh pelajar UTeM dan juga peserta Bank Rakyat UNIpreneur.

Tahniah! Cik Syafika yang terpilih sebagai peserta program Bank Rakyat UNIpreneur dan telah membawa jenama Malaqa Coffee serta UTeM di program berprestij seperti ini.

Dari Melaka Pergi Ke Sabah,
Singgah Kundasang Beli Strawberi,
Jika Tak Mahu Bisnes Jatuh atau Rebah,
Gunakan Sebaiknya Dana Bank Rakyat Yang Diberi.

Di Sebalik Mendung Serata Bumi,
Ada Cahaya Matahari Di Langit Tinggi,
Sekalung Penghargaan YB Datuk Ewon Sudi Singgah Di Gerai Kami,
Moga Di UTeM Kita Bertemu Lagi.

BankRakyatUNIpreneur

CREATEHepa

ms_MYMalay