Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Pusat Pembangunan Perusahaan dan Teknousahawanan (CREATE) akan menganjurkan Pertandingan Menghasilkan Rancangan Perniagaan Pelajar (Business Plan). Penyertaan ini terbuka kepada semua pelajar Ijazah Sarjana Muda UTeM sepenuh masa sahaja.
Sehubungan itu, pihak CREATE mempelawa semua pelajar Ijazah Sarjana Muda UTeM sepenuh masa untuk menyertai pertandingan ini dan setiap penyertaan akan diberikan sijil penyertaan. Program akan bermula pada 11 Februari 2021 dan akan berakhir pada 18 Mac 2021.
Rancangan Perniagaan boleh di tulis dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu. Bahasa Melayu.
Bagi yang berminat, anda diminta untuk mendaftarkan nama pada pautan berikut http://tiny.cc/CREATE_Business_Plan atau dengan mengimbas kod QR di atas. Dokumen Rancangan Perniagaan yang telah siap bolehlah dihantar terus kepada create@utem.edu.my sebelum tarikh tutup penyertaan.
Johan bagi pertandingan ini akan mewakili UTeM bagi pertandingan di peringkat kebangsaan yang menawarkan hadiah bernilai RM10,000 kepada pemenang tempat pertama.
Dilampirkan poster pertandingan dan isi kandungan rancangan perniagaan. Sebarang pertanyaan mengenai pertandingan ini boleh menghubungi YBrs. Dr. Mohd Amin bin Mohamad (Pengarah) di talian 013-610 2508/ amin@utem.edu.my atau Ir. Ts. Anuar bin Jaafar (Timbalan Pengarah) di talian 013-624 6855/ anuarjaafar@utem.edu.my
Terima kasih.