pay4d

pay4d

class="hfeed site" id="page">

BERITA

KEUSAHAWANAN DIGITAL

CREATE, HEPA diberikan peluang untuk terlibat sama dalam sesi perbincangan yang melibatkan RICE-UTeM, FPTT dan juga GTEX Asia Sdn. Bhd bagi program kerjasama terutama berkaitan keusahawanan digital. Kerjasama ini dijangka akan memberikan peluang kepada para pelajar dan seluruh warga UTeM untuk belajar serta pemindahan ilmu (knowledge transfer) dari pihak Alibaba yang berpengkalan di China bersama …

KEUSAHAWANAN DIGITAL Read More »

PROGRAM KERJASAMA LHDN DAN CREATE

Sesi perbincangan pagi ini bersama wakil daripada agensi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Satu program kerjasama akan diadakan pada Oktober 2023 yang meliputi aspek pengurusan kewangan perniagaan khususnya kepada usahawan pelajar. Program yang lebih bersifat interaktif dan konsep explorace dengan modul daripada LHDN. Nantikan program kerjasama CREATE dan LHDN!

NESCAFE YOUTH ENTREPRENEURSHIP PROGRAMME (NYEP)

CREATE, HEPA mengucapkan tahniah kepada semua peserta Nescafe Youth Entreprenurship Programme (NYEP) kerana telah berjaya menjalani latihan bersama pihak Nescafe. Penghargaan terima kasih juga kepada Pengurusan UTeM kerana telah menyokong dan meluluskan pelaksanaan program Nescafe Youth Entrepreneurship Program (NYEP)@UTeM.

PERBINCANGAN TERAKHIR BERSAMA MYDIN

23 November 2023 – Perbincangan terakhir CREATE, HEPA bersama Mydin Mohamed Bhd. bagi pelancaran dan pelaksanaan program Jualan Murah Keluarga Malaysia Siswa (JMKMSiswa) di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Program yang dijadualkan pada 9 Disember 2022 (Jumaat) akan diadaan di Pusat Sukan UTeM dengan tawaran potongan harga sehingga 50%. Nantikan JMKMSiswa @ UTeM!

PERTANDINGAN USAHAWAN INOVASI PIALA MENTERI PENGAJIAN TINGGI 2022

Seluruh warga CREATE, HEPA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Saudara Muhamad Amirul Rasyid Bin Mohamad Raffi, BEEE, FTKEE di atas kejayaan berjaya mara ke peringkat separuh akhir Pertandingan Usahawan Inovasi Piala Menteri Pengajian Tinggi 2022 anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Malaysian Technology Development Corporation (MTDC).Didoakan semoga Saudara …

PERTANDINGAN USAHAWAN INOVASI PIALA MENTERI PENGAJIAN TINGGI 2022 Read More »

PERTANDINGAN KEUSAHAWANAN DIGITAL 2022 YANG DIANJURKAN OLEH MAKMUM DAN UTHM

CREATE, HEPA merakamkan penghargaan tahniah di atas kejayaan para pelajar yang telah berjaya menempa kejayaan dan merangkul Naib Johan di Pertandingan Keusahawanan Digital 2022 yang dianjurkan oleh MAKMUM dan UTHM. Berikut para pelajar yang terlibat: Norhazifa Binti Harum (B032020048)Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepintaran Buatan) Dengan Kepujian – BITIFakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK) Sivnes …

PERTANDINGAN KEUSAHAWANAN DIGITAL 2022 YANG DIANJURKAN OLEH MAKMUM DAN UTHM Read More »

PROGRAM NATIONAL MICRO ENTERPRISE PITCHING COMPETITION 2022 (NMEPC 2022)

Sesi perbincangan yang sangat baik di antara CREATE, HEPA bersama Youth Ventures bagi penganjuran bersama program National Micro Enterprise Pitching Competition 2022 (NMEPC 2022) yang merupakan program peringkat national. Kali ini NMEPC 2022 dirancang akan diadakan di Cyberjaya dan melibatkan Technology Park Malaysia (TPM) dalam melahirkan lebin banyak syarikat pemula pelajar yang berteraskan teknologi dan …

PROGRAM NATIONAL MICRO ENTERPRISE PITCHING COMPETITION 2022 (NMEPC 2022) Read More »

PERBINCANGAN AWAL CREATE DAN MYDIN

Perbincangan awal CREATE, HEPA bagi mengadakan kerjasama bagi program Jualan Murah Keluarga Malaysia Siswa (JMKMSiswa) 2022. Melalui program ini CREATE, UTeM akan bekerjasama dengan Mydin, Melaka bagi membantu siswa-siswi UTeM mengurangkan kos sara hidup dengan melaksanakan jualan barang keperluan harian di UTeM yang menawarkan pengurangan harga sehingga 20% berbanding harga pasaran.

ms_MYMalay