pay4d

pay4d

class="hfeed site" id="page">

CELCOM SISWAPRENEUR @GOOGLE BOOTCAMP 2021

28 Oktober 2021 –  Celcom Axiata Berhad dengan kerjasama Google Malaysia akan menganjurkan program Celcom Siswapreneur @ Google Bootcamp 2021 yang merupakan inisiatif dalam melahirkan usahawan di kalangan graduan dan memiliki ciri-ciri usahawan digital yang kompetitif serta berjaya.

Kursus yang diiktiraf Google ini memberikan pengetahuan dan pendedahan berkaitan ilmu keusahawanan digital yang dapat membantu peserta memulakan perniagaan dan seterusnya meningkatkan kebolehpasaran graduan. Terdapat juga slot bersama Usahawan Alumni UTeM Berjaya dalam Slot Bual Bicara. CREATE juga telah mencalonkan Usahawan Alumni UTeM bagi program ini.

Terdapat 5 modul utama yang akan di bincangkan di dalam program ini. Modul pertama ialah “Membuat Kehadiran dengan YouTube”. Seterusnya, modul kedua bertajuk “Meningkatkan Produktiviti dengan Google Workspace”. Disamping itu, modul ketiga pula akan membincangkan topik “Jangkauan Pelanggan melalui Perniagaan Saya di Google”. Kemudian, kita akan teruskan dengan modul yang keempat iaitu “Excel dalam Temu Ramah Pekerjaan”. Keempat-empat modul ini akan di bincangkan dengan lebih lanjut pada hari pertama program ini berlangsung iaitu hari Khamis. Seterusnya, program ini akan diteruskan lagi pada hari Jumaat dengan perbincangan modul yang terakhir iaitu “Daftarkan Perniagaan Anda dengan SSM”. Program ini akan di sertai oleh 100 orang peserta yang telah berdaftar melalui pautan link yang di sediakan oleh pihak CREATE. Terdapat juga penyertaan daripada para pensyarah serta Alumni UTeM di program ini.

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

ms_MYMalay