
Assalammualaikum Wrt. Wbt. dan Salam Sejahtera,
INFO CREATE: HEBAHAN DAN JEMPUTAN PROGRAM ‘CREATIVEPRENEURSHIP FRIENDSHIP BOOTCAMP’
Sukacitanya dimaklumkan Binus University, Indonesia menjemput seluruh pelajar dan juga mereka yang berminat untuk menyertai salah satu slot di program ‘Creativepreneurship Friendship Bootcamp’ seperti berikut:
Tajuk slot : Art & Cultural Entrepreneurship in Sundanese
Tarikh : 10 Disember 2021 (Jumaat)
Masa : 2.00pm – 3.00pm (Waktu Malaysia)
Platform : Online (Zoom) Pautan akan diberikan kepada peserta yang mendaftar.
Untuk makluman semua, program ini merupakan langkah awal kerjasama Pusat Pembangunan Perusahaan dan Teknousahawanan (CREATE), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dalam memberikan pendedahan dan mengenal pasti peluang keusahawanan di peringkat global.
Jalinan kerjasama dan persahabatan CREATE, UTeM dan Binus University, Indonesia ini juga sebagai permulaan untuk CREATE menganjurkan program di peringkat global khususnya bagi perancangan 2022. Ini juga seiring dengan visi dan misi CREATE untuk turut dikenali sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa.
Program ini adalah Percuma dan Terbuka kepada semua pelajar dan mereka yang berminat. E-sijil kehadiran (Binus University) dan CPD turut diberikan kepada para peserta yang menghadiri program ini dari awal hingga akhir.
Mereka yang berminat, boleh mendaftar di: https://bit.ly/CreativepreneurshipBinusUTeM
Tarikh tutup permohonan penyertaan pada 9 Disember 2021, jam 5.00 pm.
Untuk maklumat lanjut boleh terus hubungi (WhatsApp):
☎️ Pn. Syahira: +6016-205 1477
☎️ Pn. Lindaherdani: +6014-909 1848
Jasa baik, perhatian dan bantuan hebahan semua sangatlah dihargai serta diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian untuk makluman.
Salam hormat.