pay4d

pay4d

class="hfeed site" id="page">

FAMILYMART ENTREPRENEURSHIP PROGRAM

08 September 2021 – Satu kerjasama program antara Family Mart Malaysia bersama Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Teknousahawanan (FPTT) dan Pusat Pembangunan Perusahaan dan Teknousahawanan (CREATE) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah diadakan secara maya.

Family Mart merupakan rangkaian kedai serbaneka kedua terbesar di Jepun dan kini terdapat 24,243 kedai di seluruh dunia iaitu di Jepun, Taiwan, China, Filipina, Thailand, Vietnam, Indonesia dan Malaysia. Bagi target tahun 2021, Family Mart menjajarkan sebanyak 220 francais Family Mart akan dibuka di seluruh Malaysia.

Melalui kerjasama Family Mart, FPTT dan CREATE, UTeM iaitu Program Usahawan Francais Family Mart, pelajar-pelajar di UTeM khususnya akan di dedahkan cara-cara mengendalikan perniagaan francais atau dikenali “konbini” dengan latihan yang diberikan oleh Top Program Family Mart sendiri.

Program ini dijalankan melalui 4 fasa iaitu pemilihan calon pelajar Ijazah Sarjana Muda, sesi perkongsian dan interview bersama bakal graduan, promosi program keusahawanan dan latihan kepada 100 graduan dalam setahun.

Melalui program ini bakal graduan yang di pilih akan menjalani latihan pengurusan di Family Mart terpilih selama 6 bulan dan diberi elaun sebanyak RM2500.00 termasuk elaun kedatangan, elaun shift, EPF dan Socso dimana jumlah sebenar yang akan diberi sebanyak RM3500.00 ke atas. Bagi peringkat terakhir, graduan yang menunjukkan pretasi terbaik dan terpilih akan menjalani latihan bersama Top Program selama setahun kontrak dan di beri elaun gaji dan perkongsian keuntungan sehingga RM6000.00 sebulan dan pelajar akhirnya akan mengendalikan Family Mart milik mereka sendiri.

Program ini amatlah bernilai dan sangat memberi impak yang tinggi kepada industri francais dan juga UTeM sebagai salah satu batu loncatan kepada semua graduan dalam menceburi bidang keusahawanan. Terdapat juga penyertaan seramai 88 orang pelajar yang juga melibatkan pelajar daripada fakulti lain.

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

ms_MYMalay