SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM YANG SELALU DI TANYA

CREATE dicipta khas untuk pelajar di universiti ini dalam merealisasikan impian mereka untuk menjadi usahawan yang berjaya. Fokus utamanya adalah untuk membimbing dan melahirkan usahawan dalam pelbagai bidang seperti kejuruteraan, pengkomputeran, pengurusan dan sebagainya. Ini sejalan dengan permintaan pasar yang tinggi untuk pelbagai produk inovatif terutamanya barang berteknologi tinggi.

Tingkat Pertama
Bangunan UTeM Holdings
1, Jalan TU 62,
Taman Tasik Utama, 75350 Melaka

Pusat Pembangunan Perusahaan dan Teknousahawanan

i. Kampus Induk
ii. Bangunan FTK Kampus Teknologi
iii. Kampus Bandar FPTT
iv. Bangunan FKM Kampus Teknologi

PPK Pusat Pembangunan Keusahawanan

  1. Memantapkan dan memperkukuhkan program pembangunan keusahawanan
  2. Menyediakan persekitaran dan ruang perniagaan yang kondusif di sekitar kampus
  3. Melahirkan graduan yang mempunyai daya saing di peringkat global

Lawati pejabat CREATE untuk mendapatkan panduan dan bantuan untuk memasarkan produk anda dengan berkesan

Young Entreprenuer Adventure Hour

“Youth Entrepreneur Adventure Hour” atau dikenali sebagai YEAH merupakan signature program di bawah CREATE, UTeM dengan menggunakan dana kelulusan daripada KPM. Ia merupakan program 2 hari 1 malam yang berlangsung di sekitar hotel di Melaka dan merupakan sebuah program pendedahan ilmu, budaya dan praktis keusahawanan.

Semua pelajar UTeM yang tidak pernah menyertai program ini digalakkan untuk menyertainya dan menjadi ahli CREATE BUDDIES dengan bayaran minima RM10.00. Kemudahan pengangkutan dan penginapan disediakan.

Program YEAH dilaksanakan 3 atau 4 kali setahun. Pihak CREATE akan memaklumkan melalui media sosial CREATE- Facebook/CREATE BUDDIES/Website CREATE/Instagram

Konsep pelaksanaan program ini ialah perubahan minda melalui NLP, taklimat pemasaran, kewangan kendiri, aktiviti jualan dan kanvas perniagaan.

ms_MYMalay