pay4d

pay4d

class="hfeed site" id="page">

HEBAHAN DAN JEMPUTAN PROGRAM KISAH INSPIRASI TECH YOUTUBER BERSAMA ABANG GAN

HEBAHAN DAN JEMPUTAN PROGRAM KISAH INSPIRASI TECH YOUTUBER BERSAMA ABANG GAN

Sukacita dimaklumkan Pusat Pembangunan Perusahaan & Teknousahawanan (CREATE), Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) akan menganjurkan program ‘Kisah Inspirasi Bersama Tech Youtuber Abang Gan’ dengan kerjasama PanduLaju.com.my.

Program ini juga dirangka untuk memberikan pendedahan dan kisah inspirasi khususnya buat para pelajar UTeM dan mereka yang berminat untuk menimba ilmu keusahawanan sebagai ‘Tech Youtuber’.

Untuk makluman, melalui program ini CREATE, UTeM menjemput Mr. Gan Yong Li atau lebih dikenali sebagai Abang Gan dalam kalangan pengikut YouTube. Beliau telah memulakan karier sebagai penulis di salah satu majalah permotoran Bahasa Melayu pada 2011, dan memilih membuka portal sendiri pada awal 2014 iaitu PanduLaju.com.my. Kini, lebih 1.6 juta pengunjung sebulan dan 6.3 juta tontotan (pageview) sebulan di PanduLaju.

Seiring perkembangan pemasaran digital, YouTube PanduLaju pula dilancarkan secara rasmi pada Januari 2019, dan menjadi salah satu saluran media digital automatif tempatan yang mendapat banyak tontonan. Kini, saluran YouTube PanduLaju mempunyai lebih 414,000 subscribers dengan jumlah tontonton hingga lebih 1.5 juta view sebulan.

Program ‘Kisah Inspirasi Tech YouTuber Bersama Abang Gan’ akan diadakan seperti ketetapan berikut:

          Tarikh      :  17 Ogos 2022 (Rabu)
          Masa        :  2:30pm - 4:30pm
          Tempat      :  Webinar (Link akan diberikan kemudian kepada 
                         peserta)

Melalui program ini, Abang Gan yang merupakan Chief Editor, PanduLaju.com akan berkongsi pengalaman dan ilmu berkaitan:

✅ Peluang sebagai ‘Tech YouTuber’
✅ Tip dan panduan untuk mereka yang baru bermula sebagai ‘YouTuber’
✅ Bagaimana menjadi ‘Tech YouTuber’
✅ Panduan menjana pendapatan sebagai ‘Tech YouTuber’
✅ Menjadi usahawan sebagai ‘Tech YouTuber’
✅ dan banyak lagi perkongsian lain berkaitan ‘Tech YouTuber’

Program ini juga Percuma dan Terbuka kepada semua pelajar dan mereka termasuk staf yang berminat. E-sijil kehadiran dan CPD (peserta UTeM) turut diberikan kepada para peserta yang menghadiri program ini dari awal hingga akhir.

Mereka yang berminat, boleh mendaftar di: https://bit.ly/TechYoutuberAbgGan

Untuk maklumat lanjut boleh terus hubungi (WhatsApp):

☎️ Pn. Syahira: +6016-205 1477
☎️ Pn. Lindaherdani: +6014-909 1848
☎️ Pn. Sharniza: +6011-11629599

Jasa baik, perhatian dan bantuan hebahan semua sangatlah dihargai serta diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian untuk makluman.

Salam hormat.

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

ms_MYMalay