HEBAHAN DAN JEMPUTAN PROGRAM ‘WHATSAPP FOR BUSINESS (LEVEL 1: BEGINNER)’
Sukacita dimaklumkan Pusat Pembangunan Perusahaan & Teknousahawanan (CREATE) akan menganjurkan program ‘WhatsApp For Business: Level 1: Beginner) dengan kerjasama Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Kagum Academy dan juga Pertubuhan Salam Kasih Sehati Sejiwa. Program ini juga dirangka bagi mengisi masa sewaktu cuti semester akhir dengan program yang bermanfaat khususnya buat para pelajar dan warga UTeM yang ingin menimba ilmu keusahawanan.
Untuk makluman, peringkat awal CREATE hanya membuka dua (2) kelas dan setiap siri terhad untuk 30 orang sahaja. Manakala yuran RM100 yang dikenakan oleh pihak INSKEN akan ditaja sepenuhnya oleh Kagum Akademy dan juga Pertubuhan Salam Kasih Sehati Sejiwa.
Program ‘WhatsApp For Business (Level 1: Beginner)’ akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : Siri 1 - 1-2 Ogos 2022 (Isnin - Selasa)
Siri 2 - 8-9 Ogos 2022 (Isnin - Selasa)
Masa : 8:30am - 5:30pm
Tempat : Webinar (Link akan diberikan kemudian kepada
peserta)
Melalui program ini, anda akan bersama Ts. Dr. Helmi Adly Bin Mohd Noor yang merupakan jurulatih dan pembimbing program keusahawanan di bawah INSKEN. Beliau juga berpengalaman luas dalam kursus dan latihan keusahawanan.
Melalui program ini, beliau akan turut berkongsi pengalaman dan ilmu berkaitan:
✅ ‘WhatsApp Warrior Mastery’
✅ Cara Simpan Nombor Telefon di Google Contact
✅ Shoot & Bang: Jalankan Promosi Sewatu Dalam Talian
✅ Strategi Penulisan Iklan (hard/ soft sell & Teaser)
✅ Teknik Menangani Tolakan
Penganjuran program ini merupakan kerjasama erat di antara CREATE, UTeM, INSKEN, Kagum Academy dan juga Pertubuhan Salam Kasih Sehati Sejiwa. Program ini PERCUMA dan TERBUKA kepada semua pelajar dan mereka yang berminat. Keutamaan akan diberikan kepada pelajar UTeM dan mereka yang telah mempunyai perniagaan. Peserta yang terpilih akan dihubungi oleh urusetia program daripada CREATE/ INSKEN.
E-sijil kehadiran (INSKEN) dan CPD turut diberikan kepada para peserta yang menghadiri program ini dari awal hingga akhir.
Mereka yang berminat, boleh mendaftar di: (https://bit.ly/WhatsAppBusiness101
Untuk maklumat lanjut boleh terus hubungi (WhatsApp):
☎️ Pn. Syahira: +6016-205 1477
☎️ Pn. Lindaherdani: +6014-909 1848
Jasa baik, perhatian dan bantuan hebahan semua sangatlah dihargai serta diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian untuk makluman.
Salam hormat.
