pay4d

pay4d

class="hfeed site" id="page">

JEMPUTAN DAN HEBAHAN KE PROGRAM PODCAST RISE UP! BERSAMA DATO’ NORMAN ABDUL HALIM

Assalammualaikum wrt. wbt dan Selamat Sejahtera,

INFO CREATE, HEPA: JEMPUTAN DAN HEBAHAN KE PROGRAM PODCAST RISE UP! BERSAMA DATO’ NORMAN ABDUL HALIM

🙋‍♂Anda berminat nak dengar perkongsian pengalaman daripada usahawan berjaya?

✅Nak tahu peluang dapatkan latihan percuma daripada KRU MasterClass?

🕵‍♀ Tengah mencari peluang geran kerajaan untuk kembangkan perniagaan?

👩🏻‍🏫 Perlukan bimbingan pemasaran digital?

Jika itu yang anda cari, ayuh dattar dan sertai program Podcast Rise Up! Bersama Dato’ Norman Abdul Halim anjuran CREATE, HEPA dengan kerjasama KRU MasterClass.

Untuk makluman semua, melalui sesi Podcast Rise Up ini para peserta bukan sahaja berpeluang dapat bersama mendengar perkongsian Dato’ Norman Abdul Halim yang berpengalaman luas dalam dunia perniagaan dan juga merupakan Presiden serta Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Syarikat KRU. Ikuti perkongsian pengalaman Dato’ Norman yang terlibat dengan dunia perniagaan seawal usia 20 tahun lagi.

Berbekalkan pengalaman KRU yang merupakan salah sebuah kumpulan Hip Hop/ Pop popular suatu ketika dahulu yang bernaung di bawah Syarikat Muzik EMI selama 14 tahun mendorong beliau membina empayar perniagaan yang terus utuh sehingga kini.

Beliau juga pernah menerima Outstanding Entrepreneur Award pada 2007 oleh Asia Pacific Entrepreneur Awards dan Asia-Pacific Copyright Educator Awards oleh Motion Pictures Association pada tahun 2011. Melalui program ini para peserta juga berpeluang untuk mengikut program latihan keusahawanan percuma daripada KRU MasterClass dan juga mengenai tawaran geran kerajaan dalam mengembangkan perniagaan khususnya kepada mereka yang layak.

Program ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 10 Julai 2023 (Isnin)

Masa : 9.00 malam – 10.00 malam

Tempat : Pautan (link) Podcast akan diberikan kepada yang mendaftar

Program ini TERBUKA dan PERCUMA kepada semua pelajar, graduan, warga UTeM dan sesiapa yang berminat.

CPD/ Tuah Indek dan juga e-sijil akan turut diberikan kepada para peserta yang berjaya menghadiri keseluruhan program ini. Jom! Daftar segera ke program ini https://bit.ly/RiseUpKRUMasterClass

Jika ada sebarang persoalan berkaitan Podcast Rise Up! Bersama Dato’ Norman Abdul Halim boleh terus hubungi (WhatsApp):

☎ Dr. Ahamed Fayeez: +6019-918 7653

☎ Pn. Lindaherdani: +6014-909 1848

☎ Pn. Sharniza: +6011-1162 9599

Sekian, terima kasih.

ms_MYMalay