pay4d

pay4d

class="hfeed site" id="page">

JEMPUTAN SEBAGAI PESERTA PROGRAM CELCOM SISWAPRENEUR@GOOGLE BOOTCAMP 2022

Assalammualaikum Wrt. Wbt. dan Salam Sejahtera,
INFO CREATE, HEPA: JEMPUTAN SEBAGAI PESERTA PROGRAM CELCOM SISWAPRENEUR@GOOGLE BOOTCAMP 2022
Sukacita dimaklumkan Celcom Axiata Berhad dengan kerjasama Google akan mengadakan program Celcom Siswapreneur @ Google Bootcamp 2022. Program ini selaras dengan aspirasi kerajaan dalam melahirkan lebih ramai lagi usahawan pelajar yang berfokuskan inovasi dan digital yang berjaya serta berdaya saing.

Kursus ini diiktiraf oleh Google dan para peserta yang mendaftar akan diberikan pendedahan dan pengetahuan berkaitan ilmu keusahawanan digital serta teknologi. Setiap peserta yang mengikuti program ini secara atas talian (online) akan diberikan sijil oleh pihak penganjur dan CPD (pelajar dan staf) akan diuruskan oleh Pusat Pembangunan Perusahaan dan Teknousahawanan (CREATE), Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Program akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 29 Oktober 2022 (Sabtu) & 30 Oktober 2022 (Ahad)
Masa : 10.00 am – 10.00 pm (Sabtu) & 9.00 am – 1.00 pm (Ahad)
Mod Pelaksaaan : Online & Sila rujuk jadual yang diberikan

Pautan Youtube (29 Oktober 2022): http://tiny.cc/CelcomSiswapreneurDay1
Pautan Youtube (30 Oktober 2022): http://tiny.cc/CelcomSiswapreneurDay2

Antara modul yang akan dikongsikan sepanjang program seperti:
✅ Module 1: Connect and Collaboration with Google & Quizzes
✅ Module 2: Remain Competitive in the ECommerce Space & Quizzes
✅ Module 3: Discover AI in Daily Life & Quizzes
✅ Module 4: How to WOW Your Interview? & Quizzes
✅ dan banyak lagi

Program ini juga Percuma dan Terbuka kepada semua pelajar dan mereka termasuk staf yang berminat. E-sijil kehadiran dan CPD (peserta UTeM) turut diberikan kepada para peserta yang menghadiri program ini dari awal hingga akhir.
Mereka yang berminat, boleh mendaftar di: http://tiny.cc/PRsiswapreneur

Untuk maklumat lanjut boleh terus hubungi (WhatsApp):
☎️ Pn. Syahira: +6016-205 1477
☎️ Pn. Lindaherdani: +6014-909 1848
☎️ Pn. Sharniza: +6011-11629599

Program ini terhad untuk 100 orang pelajar bagi setiap IPT dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 28 Oktober 2022, jam 5.00 pm.
Jasa baik, perhatian dan bantuan hebahan semua sangatlah dihargai serta diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian untuk makluman.
Salam hormat.

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

ms_MYMalay