pay4d

pay4d

class="hfeed site" id="page">

MAJLIS PELANCARAN MOHE X SHOPEE: SISWA MALL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE MAJLIS PELANCARAN PROGRAM MOHE X SHOPEE: SISWA MALL OLEH YB MENTERI PENGAJIAN TINGGI SECARA DALAM TALIAN

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersama pihak Shopee Malaysia telah mengadakan usahasama bagi menyediakan platform perniagaan atas talian kepada semua pelajar dan graduan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan dan seterusnya dapat memperkasakan agenda keusahawanan di IPT dan melahirkan lebih ramai usahawan dalam kalangan pelajar dan graduan IPT.

Sebagai makluman, menerusi kerjasama strategik tersebut, salah satu inisiatif telah berjaya dihasilkan iaitu Program MOHE x Shopee: Siswa Mall yang mana pihak Shopee akan menyediakan latihan dagangan serta laman mikro (microsite) Siswa Mall di atas platform dagangan Shopee bagi meningkatkan keterlihatan kedai-kedai kepada para pengunjung. Inisiatif ini juga akan membuka peluang lebih besar kepada para pelajar dan graduan untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang perniagaan atas talian dan turut memberikan peluang kepada pelajar dan graduan untuk menjana pendapatan dalam bidang keusahawan dan ekonomi gig.

Justeru itu, bagi memeterai jalinan kerjasama ini, pihak KPT ingin menjemput tuan/puan sebagai graduan yang menyertai program ini secara dalam talian bagi Majlis Pelancaran Program MOHE x Shopee: Siswa Mall yang disempurnakan oleh YB Menteri Pengajian Tinggi akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 25 November 2021 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi – 11.00 pagi
Rehearsal : Jam 8.00 pagi (24 November 2021 – Rabu)
Platform : Aplikasi Zoom (https://zoom.us/j/7678427545)
Pakaian : Formal

Sehubungan dengan itu kerjasama pihak tuan/puan adalah dipohon untuk hadir ke majlis ini secara dalam talian dengan mematuhi waktu yang ditetapkan, serta berpakaian formal/kemas bagi turut bersama memeriahkan lagi majlis berkenaan. Digalakkan juga menggunakan ‘virtual background’ yang disediakan sepanjang program.

Untuk makluman, kapasiti untuk zoom adalah seramai 300 orang. Oleh itu, sekiranya penuh dimohon tuan/ puan untuk mengikuti program tersebut di https://www.facebook.com/MOHEOfficial

Perhatian dan kerjasama tuan/puan untuk turut serta menyaksikan majlis ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

ms_MYMalay