pay4d

pay4d

class="hfeed site" id="page">

PEMAKLUMAN PROGRAM ‘SERIMBUN SUMBANGAN, SERIBU KENANGAN’ ANJURAN CREATE, HEPA

Assalammualaikum wrt. wbt dan Selamat Sejahtera,

Didoakan YBhg. Datuk/ Datin/ Datin Wira/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan/ Cik sekeluarga dan kita semua sihat sejahtera serta berbahagia selalu.

INFO CREATE, HEPA: PEMAKLUMAN PROGRAM ‘SERIMBUN SUMBANGAN, SERIBU KENANGAN’ ANJURAN CREATE, HEPA

Syukur Alhamdullilah, sempena bulan Ramadhan yang mulia ini Pusat Pembangunan Perusahaan dan Teknousahawanan (CREATE), Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) telah menerima sumbangan daripada beberapa usahawan dari Yayasan Kepimpinan Wanita (WLF), Hyrax Oil Sdn Bhd dan juga Mydin Mohamed Holdings Bhd buat para pelajar terpilih dari pelbagai fakulti bersempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma.

Untuk makluman, pihak Mydin Mohamed Holdings Bhd telah bermurah hati untuk memberikan hampir lebih 900 beg baik kampung buat pelajar (B40/ asnaf) terpilih untuk pulang ke kampung. Di peringkat awal, sebanyak 200 beg balik kampung akan diserahkan di program ‘Serimbun Sumbangan, Seribu Kenangan’ yang akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 12 April 2023 (Rabu)
Masa : 3.00 pm – 4.00 pm
Tempat : Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA)

Akhir kata, seluruh warga CREATE, HEPA merakamkan sekalung penghargaan terima kasih kepada semua para usahawan yang menyumbang dan juga kesudian YBhg. Profesor Madya. Datuk Dr. Sabri Mohamad Sharif, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) ke program ‘Serimbun Sumbangan, Seribu Kenangan’ serta menyempurnakan simbolik penyerahan beg balik balik kampung dan duit raya sumbangan daripada para usahawan yang berkolaborasi dengan CREATE, HEPA.

Rakan Taulan Bertegur Sapa
Jalan Bersama Saling Beriringan
Jasa dan Sumbangan Tidak Dilupa
Seribu Tahun Jadi Kenangan
Salam Ramadhan.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“KOMPETENSI TERAS KEGEMILANGAN”
“MENJAJAR UNIVERSITI, MELONJAK KE HADAPAN”

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

ms_MYMalay