pay4d

pay4d

class="hfeed site" id="page">

PEMAKLUMAN SASANA NIAGA AKAN KEMBALI BEROPERASI SEMULA

PEMAKLUMAN SASANA NIAGA AKAN KEMBALI BEROPERASI SEMULA

Sukacita dimaklumkan setelah sekian lama Sasana Niaga menyepi, kini di bawah pengurusan Pusat Pembangunan Perusahaan dan Teknousahawanan (CREATE), Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Sasana Niaga akan kembali beroperasi semula dalam masa terdekat.

Bermula Ogos 2022 Sasana Niaga atau lot kedai yang diusahakan oleh para pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) akan beroperasi semula secara berperingkat. Untuk makluman, mulai Ogos sehingga September 2022 merupakan proses menandatangani perjanjian, penyerahan kunci, kerja-kerja pengubahsuaian dan penyediaan kedai untuk beroperasi akan dijalankan. Dijangka kesemua 12 lot kedai di Sasana Niaga akan beroperasi sepenuhnya pada awal Oktober 2022.

Untuk makluman, Sasana Niaga berasal daripada Bahasa Sanskrit yang bermaksud lokasi, pusat, bangunan, atau arena di mana merupakan tempat masyarakat atau orang ramai berkumpul untuk bermesyuarat atau berinterakasi. Maka, bersesuaianlah dengan nama Sasana Niaga yang akan menjadi tempat untuk warga UTeM bermuamalah dan menjalankan aktiviti perniagaan atau keusahawanan khususnya dalam kalangan pelajar.

Berikut antara produk dan perkhidmatan yang akan ditawarkan:

✅ Pelbagai Aneka Pilihan Makanan dan Minuman
✅ Pencetakan
✅ Mel dan Penghantaran
✅ Pembelian Tiket Bas
✅ Gunting Rambut dan Banyak Lagi.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Sasana Niaga boleh terus hubungi (WhatsApp):

☎️ Pn. Syahira: +6016-205 1477
☎️ Pn. Lindaherdani: +6014-909 1848
☎️ Pn. Sharniza: +6011-11629599

Jasa baik dan perhatian semua sangatlah dihargai serta diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian untuk makluman.

Salam hormat.

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

ms_MYMalay