pay4d

pay4d

class="hfeed site" id="page">

PENCARIAN PESERTA PROGRAM UNIPRENEUR 2.0 KERJASAMA BANK RAKYAT & CREATE, HEPA 2023

Assalammualaikum Wrt. Wbt. dan Salam Sejahtera,
INFO CREATE, HEPA: PENCARIAN PESERTA PROGRAM UNIPRENEUR 2.0 KERJASAMA BANK RAKYAT & CREATE, HEPA 2023

Untuk makluman semua, program Bank Rakyat Unipreneur 2.0 merupakan program berimpak tinggi dengan kolaborasi Pusat Pembangunan Perusahaan dan Teknousahawanan (CREATE), Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) bersama Bank Rakyat yang memberikan bantuan zakat bagi pembangunan usahawan pelajar dalam kalangan asnaf/ B40. Berikut adalah syarat-syarat permohonan:-
📌 Terbuka kepada Pelajar UTeM
📌 Dalam Kategori Asnaf/ B40 (pendapatan isi Rumah Kurang daripada RM4,849.00)
📌 Mempunyai perniagaan dengan jualan bulanan maksimum RM2,000.00
📌 Perniagaan telah beroperasi selama 3 bulan dan ke atas
📌Pelajar perlu mempunyai baki pengajian sekurang-kurangnya 2 semester semasa menjalani program ini (Mei – Oktober 2023.

Kelebihan kepada para peserta yang telah dipilih:-
✅ Bantuan Modal sehingga RM3000 (diberikan secara berfasa)
✅ Tiada sebarang faedah (interest) dan caj untuk bantuan modal
✅ Tidak perlu pulang semula bantuan modal yang diberikan
✅ Bimbingan dan latihan keusahawanan disediakan
✅ Berpeluang berniaga di Sasaniaga/ Kiosk di UTeM
✅ Menjadi penjana pekerjaan (job creator)

Terhad kepada 20 orang pelajar sahaja. Untuk tujuan permohonan sila isi borang atas talian di link berikut :-
https://bit.ly/BankRakyatUnipreneurUTeM

Dimaklumkan juga setiap permohonan akan melalui proses tapisan CREATE, HEPA dan Bank Rakyat.
Sebarang persoalan juga boleh hubungi (WhatsApp):
☎En. Fahmezam: +6013-374 8768
☎Pn. Lindaherdani: +6014-909 1848
☎ Pn. Sharniza: +6011-1162 9599

Tarikh tutup pendaftaran: 31 Mac 2023 (Jumaat), jam 5:00 petang.
Sekian untuk makluman. Salam hormat.

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

ms_MYMalay