pay4d

pay4d

class="hfeed site" id="page">

PENERIMA DANA KEUSAHAWANAN SISWA BAGI TAHUN 2022/ 2023

TAHNIAH! NUR SYAFIQAH BINTI A RAHIM

Sukacita dimaklumkan Saudari Nur Syafiqah Binti A Rahim, Ijazah Sarjana Muda Teknousahawanan Dengan Kepujian (BTEC), Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan (FPTT) telah berjaya terpilih sebagai penerima dana keusahawanan siswa bagi tahun 2022/ 2023. Ini seterusnya, mewakili serta mengharumkan nama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di Majlis Penutup Karnival Keusahawanan, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang dianjurkan di Dewan Za’ba, KPT baru-baru ini.

Penghargaan terima kasih kepada YBhg. Prof. Madya Datuk Dr. Sabri Mohamad Sharif, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) yang turut hadir bagi memeriahkan majlis ini dan Majlis Penutup Karnival Keusahawanan, KPT ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Hj. Megat Sany Bin Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pendidikan Tinggi.

Untuk makluman semua, pemilihan Saudari Nur Syafiqah Binti A Rahim adalah berdasarkan penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti, program-program keusahawanan KPT dan juga kolaborasi tertinggi dalam menubuhkan syarikat perniagaan pelajar. Dianggarkan nilai dana perniagaan yang diperolehi hasil kolaborasi sepanjang tahun 2022-2023 adalah sebanyak RM35,000.00.

Saudari Nur Syafiqah Binti A Rahim juga merupakan penerima bantuan zakat sebanyak RM3000.00 dalam program Bank Rakyat UNipreneur (kategori pelajar asnaf/ B40) yang berpontensi untuk dibantu dan mengembangkan perniagaan. Selain daripada perniagaan berasaskan kopi yang dikenali sebagai Malaqa Coffeehouse yang beroperasi di Sasana Niaga, pelajar ini turut aktif menjalankan perniagaan menjual tudung secara atas talian.

ms_MYMalay