pay4d

pay4d

class="hfeed site" id="page">

PROGRAM ‘INTERNATIONAL ENTREPRENEURIAL ACTIVITIES SHARING FOR YOUNGPRENEURS (iEASY)’

INFO CREATE, HEPA: HEBAHAN PROGRAM ‘INTERNATIONAL ENTREPRENEURIAL ACTIVITIES SHARING FOR YOUNGPRENEURS (iEASY)’

Seiring dengan hasrat Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dalam meningkatkan bilangan program teknousahawanan bersturuktur dan meningkatkan peratusan (%) graduan yang menjadi usahawan teknologi sepertimana yang digariskan dalam Pelan Strategik UTeM 2023-2025, Pusat Pembangunan Perusahaan dan Teknousahawanan (CREATE), Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) telah menjalinkan kerjasama erat dengan pelbagai industri dan juga institusi pengajian tinggi (IPT) termasuklah di luar negara.   

Rentetan kerjasama yang terjalin, Republic Polytechnic, Singapore akan mengadakan lawatan dan perkongsian aktiviti keusahawanan serta pendekatan inkubator yang telah dilaksanakan oleh pihak mereka bersama warga UTeM. Program yang dikenali sebagai ‘International Entrepreneurial Activities Sharing For  Youngpreneurs (iEASY)’ akan menjadi platform bertukar pandangan, melihat amalan terbaik dan ke arah mengadakan jaringan kerjasama antarabangsa yang akan memberikan manfaat dalam melahirkan lebih ramai usahawan graduan yang berasaskan teknologi dalam kalangan pelajar.  

Dijangkakan seramai 64 orang pelajar dan 4 orang tenaga pengajar daripada Republic Polytechnic, Singapore terlibat sama iEASY yang akan diadakan seperti berikut:

      Tarikh      :  25 Julai 2023 (Selasa)

      Masa       :  9:00 am – 12:30 pm

      Tempat    :  Perpustakaan Laman Hikmah (PLH)

Adalah dimaklumkan, terdapat juga beberapa orang pelajar terpilih akan terlibat sama ke program ini dan satu sesi perbincangan bersama Republic Polytechnic, Singapore turut diadakan bagi mengadakan program kerjasama dan memberikan peluang kepada para pelajar UTeM untuk melihat sendiri pendekatan ‘Startup Incubation @ Entrepreneurial Partnership & Innovation Community (EPIC)’ di sana.  

Diharapkan kerjasama yang terjalin ini akan memberikan impak yang positif khususnya dalam mewujudkan ekosistem inkubator keusahawanan sepertimana yang disasarkan dalam Pelan Strategik UTeM 2023-2025.

ms_MYMalay