pay4d

pay4d

class="hfeed site" id="page">

PROGRAM ‘VIRTUAL CAREER ENTREPRENEURSHIP & SKILL FESTIVAL 2021 (V-CESF’ 21)

Assalammualaikum Wrt. Wbt. dan Salam Sejahtera,

Didoakan kita semua sihat sejahtera serta berbahagia selalu.

INFO CREATE: HEBAHAN DAN JEMPUTAN PROGRAM ‘VIRTUAL CAREER ENTREPRENEURSHIP & SKILL FESTIVAL 2021 (V-CESF’ 21)

Sukacita dimaklumkan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menjemput seluruh warga Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) untuk menyertai program Virtual Career Entrepreneurship & Skill Festival 2021 (V-CESF 2021) seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 15 – 19 November 2021
Masa : 2.30pm – 4.30pm
Tempat : Webinar

Terdapat beberapa program yang telah dirancang antaranya Biz Talk: Kerjaya Seorang Influencer bersama Naz Abdullah dan juga Talk Show: Bersama Pengarah-Pengarah Keusahawanan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan juga Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Penganjuran program ini merupakan kerjasama erat di antara CREATE, UTeM, CEC, UMT dan pusat keusahawanan universiti awam yang lain.

Program ini juga PERCUMA dan TERBUKA kepada semua pelajar dan mereka yang berminat. E-sijil kehadiran dan CPD turut diberikan oleh pihak penganjur kepada para peserta yang menghadiri program ini dari awal hingga akhir.

Mereka yang berminat, pautan (link) akan diberikan kepada mereka yang mendaftar di: https://bit.ly/VCESF2021UTMUTeM

Tarikh tutup penyertaan pada 17 November 2021, jam 5.00pm.

Untuk maklumat lanjut boleh terus hubungi (WhatsApp):

☎️ Pn. Syahira: +6016-205 1477
☎️ Pn. Lindaherdani: +6014-909 1848

Jasa baik, perhatian dan bantuan hebahan semua sangatlah dihargai serta diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian untuk makluman.

Salam hormat.

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

ms_MYMalay