Program Women Technicpreneurship Convention (WTC) 2022 telah dianjurkan oleh Pusat Perusahaan dan Teknousahawanan (CREATE), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang dihadiri oleh beberapa orang pelajar UTeM mengikut kumpulan syarikat, staff-staff UTeM dan pelajar universiti yang lain-lain. Program ini bertemakan “Usahawan Teknikal Wanita: Penjana Kemakmuran” sempena minggu TVET negara 2022 menjadi wadah kepada para wanita diluar sana dalam mengetahui bagaimana cara untuk menceburi bidang keusahawanan teknikal yang akan disampaikan oleh pakar-pakar bidang ini. Pelancaran program ini telah diadakan pada 15 Jun 2022 sehingga 16 Jun 2022 (Rabu dan Khamis) bertempat di Dewan Canselor UTeM dan majlis penutup akan diadakan pada 20 Jun 2022 (Isnin) bertempat di Politeknik Shah Alam.