pay4d

pay4d

class="hfeed site" id="page">

“Saya Boleh, Usah Berdalih !”

31 Julai 2021 – Seiring dengan Dasar Keusahawanan Negara 2030 (DKN 2030), Pelan Tindakan Keusahawanan 2021-2025 dan Panduan Pendidikan Keusahawanan Bersepadu, Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Pusat Pembangunan Perusahaan dan Teknousahawanan (CREATE), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Program ini terbuka kepada seluruh pelajar dan juga graduan UTeM. Program ‘Saya Boleh, Usah Berdalih!’ merupakan salah satu program di bawah Shopee BootCamp @ CREATE. Antara program yang telah dirancang seperti ‘Produk Biasa, Jualan Berbisa’, ‘3 Serangkai: Ini Bukan Penyakit, Ini Jualan Meroket’, Strategi Biasa, Susah Perkasa dan pelbagai program lagi. 

Bagi program kali ini, para peserta mendengar kisah inspirasi daripada Usahawan Shopee berjaya iaitu Puan Zeeda Aziz yang terkenal dengan Pasar Kedah di Shopee. Antara perkongsian menarik dan menyentuh hati yang dikongsikan Puan Zeeda adalah Kita perlu berusaha buat sesuatu, bersusah payah dahulu sebelum berjaya mencapai maksud. Sekadar mengharap, merungut atau menyumpah tak bawa ke mana.

Tiada jalan mudah untuk berjaya mendapatkan apa yang disasarkan. Berusahalah, cari jalan buat dengan betul berdasarkan caranya, kena jalannya, insyaallah lambat laun berjaya. Itu la pepatah yang boleh digambarkan untuk kisah seorang wanita bernama Zeeda Aziz yang sentiasa berusaha sehingga berjaya walaupun bergelar Orang Kurang Upaya (OKU). Beliau pernah menghidap penyakit kanser pada tahun 2007 dan telah menjalani rawatan amputasi dengan membuang kaki kirinya sebagai solusi untuk tidak berterusan menderita penyakit yang dihadapi.

Beliau tidak menjadikan kekurangan diri itu sebagai penghalang mencapai kejayaan dan kini beliau salah seorang usahawan yang berjaya dan juga merupakan aktivis sosial dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan dan tidak bernasib baik. Bertitik tolak dari masalah kekurangan sumber pendapatan, beliau telah berjinak dalam dunia e-dagang dengan menjalankan perniagaan di atas talian.

Bermula dari jualan yang sedikit, beliau telah berusaha mendalami ilmu perniagaan Shopee dan sentiasa menghadiri webinar anjuran Shopee sehingga jumlah jualannya meningkat menjadi empat angka sebulan. Terdapat hamper 300 lebih orang perserta yang menyertai program ini secara maya dan terdpat juga penyertaan daripada para pensyarah serta staf pentadbiran UTeM di program ini. Diharapkan perkongsian pengalaman dan ilmu yang dimiliki beliau ini, diharapkan para siswa UTeM dapat merebut peluang dalam menimba ilmu perniagaan e-dagang di samping memotivasikan diri mereka untuk lebih berjaya dan menjadi inspirasi semua. Program ini juga sesuai dengan peribahasa Melayau yang berbunyi “pengayh sayang dibashkan, sampan takkan sampai ke seberang”.

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

ms_MYMalay