pay4d

pay4d

class="hfeed site" id="page">

“TANAM CENDAWAN, JADI USAHAWAN. INSPIRASI USAHAWAN ‘AGRIBUSINESS’ BERJAYA”

24 September 2021 – Sukacita dimaklumkan Pusat Pembangunan Perusahaan & Teknousahawanan (CREATE) telah menganjurkan program ‘Tanam Cendawan, Jadi Usahawan: Inspirasi Usahawan ‘Agribusiness’ Berjaya pada Jumaat pagi.

Melalui program ini, kami telah bersama dengan En. Mohd Syukor Bin Ahmad, Pengarah Urusan Sinar Syukrawie Enterprise. Antara kejayaan beliau ialah beliau merupakan Pemenang Anugerah RBC Jaya: Pertandingan Rural Business Challenge 2013 (Beroleh Geran Bernilai RM750,000). Beliau juga mendapat Anugerah Usahawan Muda: Program Agropreneur Muda Peringkat Zon Selatan. Seterusnya, beliau merupakan Icon Usahawan Muda (Agropreneur Muda Melaka & N. Sembilan) Tahun 2015 – Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani. Disamping itu, beliau juga mendapat tokoh Agropreneur Muda Jaya (Hari Peladang, Penternak & Nelayan Peringkat Negeri Melaka) – Tahun 2016. Akhir sekali, beliau mendapat penganugerahan sebagai Usahawan Agropreneur Muda. Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani.

Melalui program ini, anda akan didedahkan dengan beberapa perisian atau topik yang akan diterangkan oleh En. Mohd Syukor Bin Ahmad. Antaranya, “Pengenalan Industri Cendawan”. Kemudian, beliau akan membincangkan tentang “Peluang Menjadi Usahawan”. Seterusnya, topik “Perancangan Perusahaan”, “Pemprosesan Cendawan Tiram Kelabu”, “Penjagaan Ladang” dan “Teknologi dan Pemasaran serta Jualan”. Terdapat seramai hampir 50 orang peserta yang menghadiri program pada hari itu. Diharapkan, para peserta dapat menimba pengalaman dan ilmu yang dikongsikan oleh En. Syukor untuk memajukan bisnes atau perniagaan masing-masing.

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

ms_MYMalay