Program Universiti kepada Masyarakat

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Pusat Pembangunan Perusahaan dan Teknousahawanan (CREATE) dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC) akan menganjurkan program Social Enterprise - University to Community. Penyertaan ini terbuka kepada semua pelajar Diploma dan Ijazah Sarjana Muda UTeM sepenuh masa sahaja.

Sehubungan itu, pihak CREATE mempelawa semua pelajar Diploma dan Ijazah Sarjana Muda UTeM sepenuh masa untuk menyertai program ini dan setiap penyertaan akan diberikan sijil penyertaan. 

Bagi yang berminat, anda diminta untuk mendaftarkan nama pada pautan berikut https://forms.gle/h9bjE3fn7trUoXj86 . Penyertaan terhad kepada 30 PENDAFTARAN TERAWAL SAHAJA. 

Sebarang pertanyaan mengenai program ini boleh menghubungi Syafiqah di talian 011 1134 8816.

Terima kasih.

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

ms_MYMalay