Untuk menjadi pusat perusahaan dan teknousahawan terkemuka sama ada di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
MISI
Memperkasakan semangat keusahawanan, kreativiti dan inovasi dalam kalangan pelajar dan alumni melalui hubungan berkesan antara universiti, agensi dan industri. Untuk bekerjasama dengan perusahaan kecil dan sederhana serta agensi kerajaan dalam mempromosikan keusahawanan.
OBJEKTIF
Melahirkan modal insan yang berkualiti dan mempunyai pemikiran, atribut dan nilai keusahawanan. Melahirkan lebih ramai lagi usahawan yang akan bertindak sebagai pemangkin kepada transformasi ekonomi negara kepada ekonomi berpendapatan tinggi dan berpaksikan inovasi ke arah pencapaian status negara maju menjelang 2030.