pay4d

pay4d

class="hfeed site" id="page">

NATIONAL MICRO ENTERPRISE PITCHING COMPETITION

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersama IPT Penyelaras iaitu Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) akan menganjurkan program National Micro Enterprise Pitching Competition 2022.

Program Keusahawanan peringkat nasional ini adalah bertujuan untuk melatih dan membimbing serta melahirkan lebih banyak syarikat pemula (start-up) pelajar khususnya yang berasaskan teknologi dan inovasi.

Program ini akan melibatkan TIGA FASA:
📌 FASA 1: Bootcamp- Latihan & Bimbingan (26-28 Feb 2023) di Cyberjaya.
📌 FASA 2: Persediaan – Bimbingan daripada Pakar Industri Secara Atas Talian (Zoom) dan Pembangunan Projek (29 Feb – 11 Mei 2023) di IPT masing-masing
📌 FASA 3: Pertandingan – Peringkat Akhir dan Majlis Penutup (12-14 Mei 2023) di Melaka (UTeM/ Hotel)

Terdapat empat (4) kluster pertandingan yang ditawarkan:
📌 Industri Seni dan Kreatif
📌 Makanan dan Minuman
📌Teknologi dan Inovasi
📌Perkhidmatan

Penyertaan adalah percuma dan dibuka kepada seluruh warganegara Malaysia, sijil (Kolej Komuniti) atau pelajar Diploma dan Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa dari Universiti Awam, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.
Terdapat sejumlah lebih RM50,000 hadiah dan anugerah berbentuk wang tunai dan sijil penghargaan ditawarkan bagi pemenang.

🏆 Hadiah Utama
RM7,000 – Juara Keseluruhan
RM5,000 – Naib Juara Keseluruhan
RM3,000 – Ketiga Keseluruhan
🏅 Hadiah Mengikut Kluster
🥇RM3,000 x 4 Kluster
🥈RM2,000 x 4 Kluster
🥉RM1,500 x 4 Kluster
RM500 x 3 Saguhati x 4 Kluster

Terdapat juga 5 Anugerah yang dipertandingkan iaitu:
✅Showcase Terbaik RM1,000
✅Pembentangan Kumpulan Terbaik RM1,000
✅Kerjasama Kumpulan Terbaik RM1,000
✅Produk Terbaik RM1,000
✅Perkhidmatan Terbaik RM1,000

Semua peserta dan mentor dimestikan menyertai Bootcamp yang akan diadakan pada 26-28 Feb 2023 dan perlu melalui Pusat Keusahawanan IPT masing-masing.
Tarikh tutup penyertaan: 10 Februari 2023, jam 5.00 petang.
Syarat-syarat penyertaan, maklumat lanjut dan pendaftaran di https://bit.ly/RegisterNMEPC2022

Untuk maklumat lanjut boleh terus hubungi (WhatsApp):
☎️ Pn. Syahira: +6016-205 1477
☎️ Pn. Lindaherdani: +6014-909 1848
☎️ Pn. Sharniza: +6011-1162 9599

Sekian, terima kasih.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_GBEnglish