pay4d

pay4d

class="hfeed site" id="page">

PENCARIAN PESERTA (PELAJAR) BAGI PERTANDINGAN DIGITAL INNOVATION CREATIVEPRENEUR 2022 (DICE 2022)

Sukacita dimaklumkan Pusat Pembangunan Perusahaan dan Teknousahawanan (CREATE), Hal Ehwal Pelajar (HEP) mencari peserta (pelajar) yang berminat untuk menyertai latihan dan pertandingan program Digital Innovation Creativepreneur (DICE) 2022.

DICE 2022 merupakan program anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersama Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dengan kerjasama Pusat Kerjaya, Teknousahawan dan Jaringan Pintar (PaKaT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Program peringkat nasional ini merupakan satu program yang bertujuan untuk melatih, memantau dan melahirkan pelajar IPT yang akan menubuhkan syarikat dalam bidang inovasi dan teknologi digital berkonsepkan keusahawanan kreatif.

Program ini akan melibatkan tiga (3) fasa:

📌 FASA 1: Kem Pembentukan Idea Kreatif (15 – 18 Ogos 2022, Bukit Keluang Beach Resort, Terengganu)
📌 FASA 2: Pembangunan Projek (19 Ogos – 20 Nov 2022)
📌 FASA 3: Pertandingan Akhir dan Majlis Penutup (21 – 23 Nov 2022, UniSZA Kampus Gong Badak)

Terdapat dua (2) kategori pertandingan yang ditawarkan:
📌 Kandungan Video Kreatif
📌 Kandungan Interaktif Media

Penyertaan PERCUMA DAN TERBUKA kepada seluruh warganegara Malaysia (pelajar), sijil (Kolej Komuniti) atau pelajar Diploma dan Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa dari Universiti Awam, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. Setiap IPT hanya dibenarkan menghantar 1 kumpulan (4 orang) pelajar bagi setiap kategori.

Hadiah bagi setiap kategori berbentuk wang tunai dan sijil penghargaan ditawarkan bagi pemenang tempat pertama hingga kelapan.

Tempat Pertama: Wang tunai RM5,000.00 dan sijil penghargaan
Tempat Kedua: Wang tunai RM3,500.00 dan sijil penghargaan
Tempat ketiga: Wang tunai RM2,500.00 dan sijil penghargaan
Tempat ke empat hingga ke Lapan: Wang tunai RM1,000.00 dan sijil penghargaan

Untuk maklumat lanjut, syarat-syarat penyertaan dan juga pendaftaran program boleh terus ke pautan berikut: https://bit.ly/Creativeprenur2022

Sebarang persoalan juga boleh hubungi (WhatsApp):

☎️Pn. Syahira: +6016-205 1477
☎️Pn. Lindaherdani: +6014-909 1848
☎Pn. Sharniza: +6011-11629599

Tarikh tutup pendaftaran: 14 Julai 2022 (Khamis), jam 5:00 petang.

Sekian untuk makluman.

Salam hormat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_GBEnglish