pay4d

pay4d

class="hfeed site" id="page">

PENCARIAN PESERTA PROGRAM UNIPRENEUR KERJASAMA BANK RAKYAT & CREATE

Assalammualaikum Wrt. Wbt. dan Salam Sejahtera,

Didoakan kita semua sihat sejahtera serta berbahagia selalu.

INFO CREATE: PENCARIAN PESERTA PROGRAM UNIPRENEUR KERJASAMA BANK RAKYAT & CREATE

Sukacita dimaklumkan buat julung kalinya Pusat Pembangunan Perusahaan dan Teknousahawanan (CREATE) dengan kerjasama Bank Rakyat akan mengadakan program UNIpreneur yang dijangka akan bermula pada 15 April 2022 sehingga 15 Disember 2022.

Melalui program ini, para peserta berpeluang memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka dengan bantuan modal sehingga RM3000. Kemudahan bantuan modal sehingga RM3000 (tanpa sebarang caj dan tidak perlu dipulangkan semula) ini akan diberikan kepada para peserta yang layak melalui proses tapisan yang akan dibuat bersama pihak fakulti, CREATE dan Bank Rakyat.

Program yang baik dan pertama kali dilaksanakan di UTeM ini terbuka kepada semua pelajar yang berminat.

Kelebihan para peserta yang terpilih sebagai peserta program UNIpreneur ini:

✅ Bantuan Modal sehingga RM3000
✅ Tiada sebarang faedah (interest) dan caj untuk bantuan modal
✅ Tidak perlu pulang semula bantuan modal yang diberikan
✅ Bimbingan dan latihan keusahawanan disediakan
✅ Berpeluang berniaga di Sasaniaga UTeM
✅ Menjadi penjana pekerjaan (job creator)

Program ini terhad kepada 20 orang pelajar sahaja. Jangan lepaskan peluang ini dan ayuh daftar program ini segera di https://bit.ly/RegisterUNIpreneur

Para peserta yang mendaftar program ini akan mendapat jemputan bagi menghadiri sesi taklimat bersama Bank Rakyat.

Sebarang persoalan juga boleh hubungi (WhatsApp):

☎️Pn. Syahira: +6016-205 1477
☎️Pn. Lindaherdani: +6014-909 1848

Tarikh tutup pendaftaran: 18 Mac 2022 (Jumaat), jam 5:00 petang.

Sekian untuk makluman.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_GBEnglish