pay4d

pay4d

class="hfeed site" id="page">

PENYERAHAN TUGAS KEPADA PENGARAH CREATE BAHARU

25 Mei 2021 – Satu majlis penyerahan tugas Pengarah Pusat Pembangunan Perusahaan dan Teknousahawanan (CREATE), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang lama iaitu Dr. Mohd. Amin Bin Mohamad kepada Pengarah CREATE yang baharu iaitu Dr. Isma Addi Bin Jumbri telah diadakan.

Majlis penyerahan tugas ini telah disaksikan oleh Prof. Madya Ir. Dr. Md. Nazri Bin Othman, Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat). Secara rasminya CREATE kini di bawah Pejabat PNC JIM setelah penstrukturan semula CREATE daripada Pusat Tanggungjawab (PTj) kepada Pihak Berkuasa Universiti (PBU).

Pejabat PNJ JIM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr. Mohd Amin Bin Mohamad di atas segala sumbangan dan bakti yang dicurahkan selama menjadi Pengarah di CREATE. Selamat menjalankan tugas juga kepada Pengarah CREATE yang baharu iaitu Dr. Isma Addi Bin Jumbri.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_GBEnglish