pay4d

pay4d

class="hfeed site" id="page">

PROGRAM 6 LUBUK RAHSIA ‘TECH YOUTUBER’

Assalammualaikum Wrt. Wbt. dan Salam Sejahtera,

Didoakan kita semua sihat sejahtera serta berbahagia selalu.

INFO CREATE: HEBAHAN DAN JEMPUTAN PROGRAM ‘6 LUBUK RAHSIA ‘TECH YOUTUBER’

Sukacita dimaklumkan Pusat Pembangunan Perusahaan & Teknousahawanan (CREATE) akan menganjurkan program ‘6 Lubuk Rahsia ‘Tech Youtuber’ seperti ketetapan berikut:

          Tarikh      :  19 Januari 2022 (Rabu) 
          Masa       :  2.30pm - 4.00pm 
          Tempat    :  Webinar - Webex (https://bit.ly/6LubukRahsiaTechYoutuber)

Melalui program ini anda akan bersama Tuan Muhammad Noor Izami Bin Ishak yang merupakan YouTuber dan Pengasas, Izami Gadget di Melaka. Disamping aktif sebagai YouTuber, beliau juga merupakan penilai harta (property valuer) bertauliah. Memiliki Master Business Administration (MBA), Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kewangan dan juga Diploma Analisis Pelaburan daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Antara tajuk yang akan disampaikan adalah:

✅ Peluang sebagai ‘Tech YouTuber’
✅ Tip dan panduan untuk mereka yang baru bermula sebagai ‘YouTuber’
✅ Bagaimana menjadi ‘Tech YouTuber’
✅ Panduan menjana pendapatan sebagai ‘Tech YouTuber’
✅ Menjadi usahawan sebagai ‘Tech YouTuber’
✅ dan banyak lagi perkongsian lain berkaitan ‘Tech YouTuber’

Program ini juga Percuma dan Terbuka kepada semua pelajar dan mereka yang berminat. E-sijil kehadiran dan CPD turut diberikan kepada para peserta yang menghadiri program ini dari awal hingga akhir.

Mereka yang berminat, boleh mendaftar di:

Untuk maklumat lanjut boleh terus hubungi (WhatsApp):

☎️ Pn. Syahira: +6016-205 1477
☎️ Pn. Lindaherdani: +6014-909 1848

Jasa baik, perhatian dan bantuan hebahan semua sangatlah dihargai serta diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian untuk makluman.

Salam hormat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_GBEnglish