





Sesi taklimat dan perjalanan program Bank Rakyat UNIpreneur oleh Dr. Isma Addi Jumbri, Pengarah Pusat Pembangunan Perusahaan dan Teknousahawanan (CREATE), Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) kepada semua para peserta. Dimaklumkan pada tahun 2023 ini Bank Rakyat sekali lagi berbesar hati untuk bekerjasama dengan CREATE, HEPA bagi menaja sebanyak RM66,000 dana zakat untuk para pelajar asnaf/ B40 yang layak mempunyai minat dalam mengembangkan perniagaan mereka. Terima kasih Bank Rakyat!
Ada Kalah Ada Menang,
Itulah Resam Dalam Pertandingan,
Budi Bank Rakyat Sentiasa Dikenang,
Moga Jalinan Terjalin Terus Berpanjangan.