





YBhg. Prof. Madya Datuk Dr. Sabri Mohamad Sharif (Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar & Alumni) berkesempatan beramah mesra dan diskusi santai bersama Tuan Mazlan Bin Mohamad, Ketua Wilayah Melaka/ Negeri Sembilan dan Pengurus Pengurus Cawangan Bank Rakyat di Negeri Melaka. Antara yang dibincangkan program kerjasama keusahawanan dan juga kebajikan pelajar di UTeM.
Jika Tak Mahu Bergelap Lama,
Dapatkan Cahaya Memasang Lilin,
Terima Kasih Bank Rakyat Sudi Bekerjasama,
Moga Terus Erat Ikatan Terjalin.