pay4d

pay4d

class="hfeed site" id="page">

SISWA MALL MOHE X SHOPEE

🙋🏻‍♂️Anda Pelajar Pelajar Semester Akhir Tahun 2022?
👨‍🎓Anda graduan UTeM tahun 2019, 2021 atau 2022?
🛒 Belum ada kedai Shopee?
🙋‍♂️Nak belajar cara berniaga di Shopee?
💰Nak tahu macamana boleh buat duit dengan Shopee?
💡Ada idea bisnes tapi tak tahu cara nak jual di Shopee?
🆘 Inginkan bimbingan dari mereka yang ‘expert’ dalam Shopee?

Berita baik untuk anda semua kerana Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bakal menganjurkan Program Keusahawanan MOHE X Shopee: Siswa Mall.

Apa yang anda akan dapat daripada program ini?
👨🏻‍🏫 Latihan e-dagang daripada mereka berpengalaman.
📈Bantuan pemasaran dan jualan.
🌎Jaringan Mikro Khas Siswa Mall Shopee
✔️Baucar Shopee Menarik.
💳’Credit Ad Shopee’ Untuk Meningkatkan Jualan.
👭Link kedai di media sosial
Dan banyak lagi.

Semua ini PERCUMA dan TERBUKA kepada semua pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) semester akhir tahun 2022 dan juga graduan UTeM) tahun 2019, 2020 dan 2021.

Apa tunggu lagi? Daftar segera kerana program ini terhad kepada 250 peserta bagi setiap IPT. Siapa cepat dia dapat!
Jangan lepaskan peluang ini dan ayuh daftar program ini segera di https://shopee.com.my/m/siswa-mall#anchorId-1666191650403
Sebarang persoalan juga boleh hubungi (WhatsApp):
☎️ Pn. Syahira: +6016-205 1477
☎️ Pn. Lindaherdani: +6014-909 1848
☎️ Pn. Sharniza: +6011-11629599

Sukacita juga dimaklumkan bahawa pendaftaran penyertaan adalah dibuka sepanjang masa bagi tahun 2022. walau bagaimanapun, tarikh akhir pendaftaran bagi Batch 8 adalah pada 31 Oktober 2022 (Isnin), jam 5.00pm untuk semakan dan tapisan syarat oleh pihak urus setia program.

Ayuh! Daftar segera program ini dan jangan sampai terlepas peluang yang sangat berharga ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_GBEnglish